Gaji DJ Radio Swasta Di Malaysia Mengalahkan CEO?
sejujurnya aku tidak pernah tahu berapakah gaji atau pendapatan sebulan seorang Deejay (DJ) di syarikat radio swasta tanah air
sudah pasti, ianya berbeza dari seorang DJ dengan seorang DJ yang lain
biasalah, kalau ramai penggemar dan pengikutnya, sudah tentu lagi besarlah jumlah gajinya, ini teori ekonomi yang mudahlah kan
semalam aku mengikuti laporan perbicaraan kes mahkamah melibatkan DJ terkenal HitsFM, Lil’ Kev atau nama sebenarnya Kevin Arokiasmy yang menyaman bekas majikannya, AMP
dalam samannya itu, Kevin berkata beliau bersetuju menjadi salah seorang pengacara radio untuk saluran radio syarikat itu selama dua tahun mulai 16 Julai 2002 sehingga 15 Julai 2004
ikut perjanjian, beliau kena bekerja pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari
selain daripada gaji bulanan, AMP juga berjanji pada Kevin untuk membayar insentif kepadanya berdasarkan kepada kajian penilaian jumlah pendengar radio untuk rancangan itu yang dikelolakan oleh syarikat penilaian A.C.Nielsen
tetapi melalui surat AMP bertarikh 28 Ogos 2003, AMP telah mengarahkan Kevin bertukar waktu kerja atau siaran radionya ke waktu siaran 4 petang hingga 7 petang.
ini bagi Kevin, telah memungkiri terma-terma perjanjian itu, yang memperuntukkan bahawa Kevin telah berkontrak untuk bekerja pada waktu 6 pagi sehingga 10 pagi dan bayaran insentifnya juga tertakluk kepada waktu itu secara mutlak
rancangan popular itu dikendalikan oleh Kevin bersama deejay Saufian Mokhtar yang dikenali sebagai Fly Guy yang ke udara pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi setiap hari pada ketika itu.
bicara punya bicara, semalam Kevin menang kes itu, mengenai ganti rugi mahkamah akan tentukan nilainya kelak
yang aku nak highlite kan di sini, dalam perbicaraan itu, mahkamah diberitahu yang gaji sebulan Kevin sebagai DJ HitsFM adalah RM24,000 sebulan pada tahun pertama dari Julai 2002 hingga Julai 2003 dan RM26,000 sebulan pada tahun kedua dari Julai 2003 hingga Julai 2004, wow!
macam ni punya gaji dah boleh masuk kelab CEO bro!
amik kau, tak payah fikir pasal keuntungan syarikat, tak payah fikir pasal masalah staf, tak payah fikir setengah mati nak cari untung, Kevin hanya perlu buka mulut, bercakap dan cari lagu yang best tetapi dapat gaji – DA BOMB!
agaknya kalau Kevin boleh dapat gaji banyak tu sebulan, berapa pula gaji Halim Othman, Linda Onn, Aznil, Salleh Yaacob dan DJ lain yang terkenal tu ek?
SAK: Masih teringin nak cuba nasib jadi DJ, kat Giant pun takpelah!